MAJLIS PELANCARAN KLINIK PENYELESAIAN TUNGGAKAN KES PUSAKA PERINGKAT NEGERI KELANTAN OLEH MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI
26 September 2022

Usaha berterusan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menerusi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dalam menangani tunggakan kes pembahagian pusaka menunjukkan peningkatan positif apabila sejumlah 29,423 kes telah berjaya diselesaikan iaitu pengurangan 40% daripada tunggakan sedia ada.
KeTSA juga berharap pengambilan 50 pegawai dan 50 Pembantu Tadbir secara Contract of Service - COS mulai Januari 2023 kelak dapat menyelesaikan baki tunggakan secara tuntas dan segera.
KeTSA akan terus menerajui usaha-usaha bagi memastikan isu tunggakan pembahagian pusaka kecil diberi perhatian sewajarnya dalam memastikan suasana harmoni dapat diwujudkan di kalangan rakyat selaras dengan Nilai Kebersamaan dalam Konsep Keluarga Malaysia.​




Attachments